Lawatan Rasmi Dari Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia Ke Pusat Internet Gunung Hilir
23 September 2018 | Aktiviti Terkini
Program ini yang berlangsung pada 22 September 2018, Sabtu adalah sempena lawatan rasmi Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia 2018 di Pusat Sains Negara Wilayah Utara.
Lawatan rasmi ini ke Pusat Internet adalah bagi memperkenalkan program dan aktiviti pusat internet yang telah beroperasi sejak 2007 mengikut fasa tertentu kepada kerajaan baharu. Ia bagi menerangkan bahawa projek Pusat Internet adalah salah satu projek yang telah membantu beberapa usahawan yang berjaya hasil daripada bimbingan staf dari Pusat Internet yang membantu komunit dari segi ekonomi dan mengubah kehidupan mereka.
Antara kandungan lawatan tersebut adalah lawatan rasmi dengan memperkenalkan program eKelas Maxis kepada pihak KKMM yang sedang berlangsung secara ‘Live Tutorial’ pada hari tersebut. Pelajar yang terlibat diberi peluang untuk beramah mesra bersama pihak kementerian berkaitan eKelas Maxis. Kemudian diadakan sesi taklimat dan penerangan pengurus Pusat Internet Gunung Hilir kepada pihak kementerian berkaitan operasi dan program perlaksanaan di Pusat Internet. Taklimat dan penerangan Pusat Internet Kluster Kota Setar oleh pengurus Pusat Internet RP Seberang Terus berkaitan kluster dan usahawan juga turut diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: